Selamat datang ke kedai kami bychefiza

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda di kedai kami. Jika anda sedang mencari pakaian wanita terkini serta trendy, di sinilah tempatnya. By Chefiza Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengeluar pakaian mengkhususkan keselesaan dari segi material dan juga design produk. BCF menjalankan R&D terhadap material dan design bagi memastikan produk yang dikeluarkan memberi manfaat kepada pengguna.

Our History

By Chefiza Sdn Bhd dimiliki oleh Puan Chefiza Zulkifli yang bermula pada tahun 2017 dengan pekerja seramai 10 orang. Kini, BCF telah berkembang dan mempunyai kilang produksi sendiri dan pekerja seramai 60 orang. Reseller dibawah naungan BCF ketika ini mencecah sehingga lebih 10,000 orang dari seluruh Malaysia.